Terapi Buat Hati yang Disakiti

Bismillah
> izinkan perkongsianku mendidik hatiku dan hatimu jua <

[lupakan hati yang sedang sakit]

"Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh. Apabila ia buruk, maka buruk pula seluruh tubuh. Ketahuilah, itu adalah hati". (Hr. bukhori dan Muslim).

hati.

dalam hidup ni banyak dugaan yang kita perlu tempuh
dan antara nya dugaan (baca: ujian) hati.
kita tak akan lepas dari merasai sakitnya seketul hati bila dilukai
tidak kisah dari sisi mana pun
persahabatan, kekeluargaan, rakan kerja dan seumpamanya

kerna kita hidup dengan insan yang bernama manusia juga
yang punyai hati dan perasaan

dan setiap dari kita takkan terlepas dari buat silap

hakak kongsi 2 sisi pandang bagi situasi ini.
pertama, situasi hati yang disakiti.
kedua, meletakkan diri kita pada situasi insan yang menyakiti.

nak layan perasaan dengan mengenangkan diri disakiti dilukai dikhianati dan di di di ...
boleh tapi jangan keterlaluan
ya. memang menjadi figura yang sentiasa menghantui hidup kita.
tapii...
sampai satu tahap kita akan terfikir "mengapa perlu sakit hati atau terasa hati akibat luka yang dibuat oleh insan lain?"
"sedangkan boleh je kalau saya kawal rasa ini"

ya. kak tak nafikan perasaan itu mudah untuk hadir.
tapi...kita pun ada hak untuk bahagia kan?

nak rasa sedih, boleh
tapi jangan keterlaluan
nak rasa geram, boleh
tapi jangan keterlaluan
biarlah segala rasa yang hadir itu
kita kawal dengan sederhana

bila nak lupakan hati yang sedang sakit macam mana?
first kembali lah pada fitrah iaitu suka pada kebaikan
bagaimana? dengan membalas segala keburukan dengan kebaikan
sukar? ya memang :) tapi bertambah sukar kalau kita tak cuba, kan? 

kedua, jangan terlalu fikir rasa sakit dihati. 
maksudnya? ubat dengan zikrullah.
bukankah dengan mengingati الله,jiwa akan menjadi tenang *manis :)

kita tak boleh lupa pada hati yang disakiti sebab fikiran kita terlalu memikirkannya
kita, adalah apa yang kita fikirkan.
kerana kecenderungan deria rasa itu punya kuasa yang luar biasa
jadi, setkan pada minda untuk jadi positif pada segala yang hadir
yang negatif itu selitkan sedikit saje 

ketiga, cuba slow talk dgn insan berkenaan
bicara dari hati ke hati
kita akan lebih terbuka jika kita tahu cerita disebalik tabir, kan? :)

dan akhirnya, segala perkara yang terjadi itu ada hikmah yang telah ditentukan

الله bukan uji kita saje...
tapi
الله juga uji insan yang menyakiti kita

sama sama sedang melalui fasa ujian
sama sama kena kawal diri
sama sama kena bertanang
dan bagi hati hati mereka yang kental saje akan dapat melepasi fasa ini

letakkan kita ditempatnya
mungkin dia tidak sedar telah buat hati kita sakit.
mungkin juga dia tidak bermaksudkan begitu
mungkin juga hatinya sedang dicemari zarah zarah negatif
dan seberapa banyak kemungkinan
kita tidak tahu kan ~

senyum itu penawar juga
positif thinking juga menjadi terapi

and the end
all is about mind =D

buat insan yang sedang melalui fasa ujian ...
semoga tetap kuat hadapi ujian ini 💪

0150
09052017
Utara

#kunyahbagihadam2017 #semangatsatu #didikhati



No comments:

Post a Comment