PANAHAN: Kisah Pertama


#kisahpertama

Perjalanan hari ini sungguh meletihkan. Hari-hari yang penuh dengan cabaran. Aku Feira. Budak hingusan yang hanya melukut di tepian jalanan.

Hidup aku tak seindah mereka di luar sana. Mereka punya semua. Aku? Hanya ada sejadah kecil pemberian ayah. Seutas tasbih pemberian ibu.

Ain. Insan yang acap kali cuba mendekatiku. Ingin menjadi sahabatku katanya. Namun ku biarkan saja dia. Tidak ambil peduli. Bagi ku kawan hanyalah insan asing yang akan menyusahkan aku. Ahh. Metafora semuanya.

Kehidupan yang ku jalani sama sahaja dari kecil. Pondok usang. Tiada yang istimewa.

Setiap kali ke sekolah aku berjalan kaki. Tidak jauh. Tidak juga dekat. Begitu juga dengan Ain.

 ***

 Tempat di kantin sekolah.

Kelibat Ain sering menjadi bayang bayang ku. Entah mengapa ku rasakan dia seperti dekat dengan ku. Ahh. Mungkin hanya mainan perasaan.

"Assalamualaikum. Feira. Sorang je ke?"

 Diam.

"Boleh saya duduk di sini?"

 Diam.

"Awak dah makan?"
*sambil menghulurkan kuih karipap kegemaranku*

Namun ku biarkan saje ia sepi.

"Makan lah. Rezeki tau tu. Jangan dibiar ia begitu saje."

Aku memberi jelingan maut kepadanya. Suka suka je nak paksa paksa. Ingat aku suka! *bentakku dalam diri*

Bangun. Berlalu pergi.

***

»»»bersambung«««
#panahan  #bertubitubikulontarkan #kisahpertama #utara #kunyahbagihadam

No comments:

Post a Comment