Terjaga dari lena

Bismillahirahmanirahim
Allahumma salli ‘ala Muhammad wa Ali Muhammad

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Alhamdulillah
*************
Keriuhan dunia buat aku terpedaya dengan keseronokannya. Bermacam gelagat ingin aku mencuba. Itu ini dan semuanya. Kadang aku berjaya kadang aku diperdaya. Buruk baik semuanya membuatku ingin terus mencuba memilikinya. Rasa yang mendorongku untuk terus melakukan apa yang diinginkan untuk kepuasan dunia diri sendiri. Malah, kesibukan dunia menjadikan aku lupa apa yang sebenarnya yang aku perlu dalam diri untuk kehidupan di 'sana'.

Rasa kosong yang seringkali menyelinap masuk ke dalam hati dibiarkan sepi tanpa sapaan. Rasa itu juga dipandang remeh tanpa ingin sekalipun diberi perhatian. Diri terus diamuk dengan kata-kata indah sang dunia dan terus mengendahkan teguran sang akhirat.

Bila diri ingin melupakan segala masalah, terus dicari hiburan bermacam mainan dunia tanpa sekalipun memandang kitab cinta yang sedia menanti kehadiran kita mengambilnya di papan buruk yang berhabuk.

Segala kemewahan diberi dan segala kehendak dipenuhi. Namun, kita lupa mengucap tanda kasih pada sang pemberi dengan terus mengambil 'hadiah' yang diberi dan meninggalkan DIA. Oh! Sungguh! Kita kah manusia itu?

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Kita terus lalai dengan keasyikan panorama dunia tanpa memberi ucap kasih sebagai tanda syukur dengan nikmat dunia yang aman. Terus dan terus bergembira. Melupakan DIA yang setia menanti kepulangan kita dengan ucap kasih dan membuktikan kehambaan kepadaNya. Layakkah kita terus melupakanNya?

Tersedarku dari lena.

Sungguh aku kesal. Kesal dengan segala tingkah selama bernafas di bumiNya. MelupakanNya lebih dari mengingatiNya? Aku kah itu? Manusia yang lupa?

Aku disedarkan dengan kasihNya yang berpanjangan tanpa sekalipun DIA melupakanku yang telah jauh lama melupakanNya. DIA sentiasa menanti kepulanganku. Memberi segala yang aku perlu bukan yang aku inginkan. Melengkapkan hidupku dengan segala nikmat dan anugerah. Sungguh! Aku terlalu jauh meninggalkanNya selama ini. 

Pada saat aku jatuh tersungkur mengharap belas ihsan dari insan, tiada siapa yang mampu memulihkan luka itu. Insan-insan yang selama ini bersenang bergembira denganku, kini mereka seakan sibuk dengan urusan sendiri. Membiarkan aku sendirian menghadapi rasa sakit yang kian parah.

Aku tersedar! Lena itu terlalu perit untuk aku lalui sendirian. Lantas aku bangkit dari pembaringan menuju ke suasana yang menenangkan. Titisan air yang menyejukkan dan menyamankan hati terus ku sempurnakan. Tikarku bentang. Meluahkan segala rasa pada DIA yang sentiasa menanti kepulanganku. Menangis dengan segala rasa penyesalan sepanjang hayat yang telah kulalui. Memohon kemaafan atas segala kesilapan lalu. Berharap agar aku terus berada dalam pelukan kasihNya. Aku rindu saat ini. Saat dimana aku merasai dekatnya hubungan antara diriku dan DIA. Aku rasa dilindungi. Segalanya aku serahkan padaNya. Hanya DIA tempatku bergantung. 

Aku bersyukur kerana aku telah terjaga dari lena ini bukan terus terlena yang berpanjangan. Aku bersyukur kerana aku dipilihNya untuk merasai kenikmatan bersamaNya. Aku disedarkan dari tipu daya dunia yang melalaikan. Rasa kosong itu telah dapat ku isi dengan kehadiranNya di sisi. Allahmdulillah. Syukurku ke hadrat Allah.

Kini, aku ingin mengejutkan mereka juga dari lena. Untuk sama-sama berpegangan tangan menuju DIA yang setia.

# Allah. Aku, hambaMu rindu saat-saat indah bersamaMu.

2 comments:

  1. Assalmualaikum, saya bangga dapat bersahabt dengan kak Zu..alhamdulillah, sy betul2 terkesan dengan bingkisan yg kak Zu sampaikan..moga Allah terus mmberi ilham kpd kak Zu utk mnyampaikn dakwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam w.b.t.
      Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Semua idea datang dari-Nya jua. Allah jua lah yang menggerakkan hati kita semua untuk terus berada pada jalan-Nya. DIA juga lah yang menggerakkan tarian tangan ini untuk melakar contengan biasa. Alhamdulillah. terima kasih juga sudi terima akk sbg sahabat. in sha Allah dunia akhirat . aamiin.

      Delete