Kebiasaan yang dicari

Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim

> izinkan perkongsianku mendidik hatiku dan hatimu jua <

[Semangat yang masih belum istiqamah..Semangat untuk bangun malam]

i.s.t.i.q.a.m.a.h.

suatu kata yang sering kita ingin lakukan
namun atas sebab tertentu kadang goyah dan tersandung jua

istiqamah tak mudah
tapi hikmahnya indah
💞

mana nak cari semangat istiqamah ini
adakah ia hanya hadir saat diri berkobar kobar ingin melakukannya
namun perlahan lahan semangat itu menghilang dari radar tanpa ia dapat dikesan?

istiqamah
konsisten--
kebiasaan yang dibiasakan

istiqamah tidak hadir sendiri
ia hadir bersama kesungguhan
begitu jua dengan diri sendiri
perlu ada insan yang jalan seiring dengan kita
yang mana dia dapat bersama sama kita saling mengingati ke arah istiqamah itu

boleh saja kalau awak nak buat sendirian
tapi berdua dalam kebaikan itu lebih indah dari sendirian
sebab?
jika awak tersasar, dia dapat tarik semula
dan jika dia tersasar, awak dapat tarik dia

istiqamah pada kebaikan
istiqamah pada kesungguhan menyebar kebaikan
istiqamah memberi kebaikan
istiqamah menerima kebaikan

-- kerna pada akhir nanti
fitrahnya semua orang nak jadi lebih baik
cuma-- nak atau tidak

semangat untuk bangun malam

keterpaksaan yang dibiasakan
akan menjadi kebiasaan yang menyenangkan
percaya? --cuba :)

kita suka bertemu janji dengan insan yang paling dicintai? 
-- YA
apatah lagi kisahnya jika mindset untuk bertemu janji dengan Pemilik Cinta Sejati

mana mungkin kita tidak rindu untuk meluah rasa pada Sang Pemberi Rasa
mana mungkin kita tidak cinta pada Sang Pemilik Cinta
mana mungkin kita sanggup mengetepikan Sang Pemberi Nikmat

pada setiap hari yang dilalui
andai ada jadual harian
isikan masa untuk bersendirian
untuk apa?
untuk kita melayan perasaan
mengenang apa sahaja yang telah aku lakukan hari ini untuk mendapat redha Allah

kadang--
terlalu disibukkan dengan dunia
sehingga lupa adanya kehidupan akhirat
kehidupan selamanya
kebahagiaan selamanya

jadi
untuk bersemangat dalam istiqamah dan bangun malam (bertahajud)
kita kena ada mindset yang sentiasa fresh dan insan yang dapat bersama pada jalan ini

cuba raih pada bulan yang mulia ini
jika tidak cuba
mana mungkin kita lihat hasilnya
betul?

| percubaan yang dilakukan berkali kali itu akan mendatangkan hasil yang tidak diaangka sangka |

dan pada akhirnya
saya hanya berkongsi pada sisi pandang seorang saya
segala kesalahan kesilapan moga dapat diberi teguran secomelnya
mana yang baik harapnya dapat dijadikan kebaikan bersama mendidik hati dan jiwa

dan buat saya awak dan semua
semoga berjaya lalui fasa ini 

sekian
iamummizu

0620
27052017
Utara

#kunyahbagihadam2017 #semangatlima #didikhati

Rasa yang hadir

Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim

> izinkan perkongsianku mendidik hatiku dan hatimu jua <

[Boleh share tentang macam mana kita nak buang perasaan yang orang ni tak suka kita ada yang tak kena ni...]

kehidupan;
ada yang suka
ada yang tidak
- lumrah

hati;
sendiri
orang lain

segala perasaan yang hadir 
buang?
- tidak
hanya perlu kawal ia sebaiknya
sebab?
kerna ia beri pengalaman dan pengajaran

perasaan ada orang tak suka kita...
"jangan perasan ada orang tak suka awak" - mama
😂

dalam setiap perkara 
pasti ada baik buruknya

pada setiap air di pantai
pasti ada pasang surutnya

macam mana nak buang perasaan
bila orang tengok kita
kita rasa dia tak suka kita

- istighfar 100x
- cari seberapa banyak alasan positif untuk berbaik sangka
- mula kan sapaan dengan senyuman
- beri salam

ehem *berdehem
mungkin kita terlalu penat fikir itu dan ini
sehingga kita berfikir yang tidak tidak

lapangkan fikiran
bersihkan jiwa
sucikan hati

segala rasa yang datang ke hati dan fikiran
kawal ia dengan iman
jika kita usaha didik diri
dengan izin-Nya
pasti boleh

dan buat awak
semoga berjaya lalui fasa ini 

sekian
iamummizu

1719
14052017
Utara

#kunyahbagihadam2017 #semangatempat #didikhati

Permata yang bersinar sinar

Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim

> izinkan perkongsianku mendidik hatiku dan hatimu jua <

[Kenapa wujud istilah friend for benefit.. why kita rasa orang perguna kita]

persoalan demi persoalan timbul

ehem *pandang sekeliling*
dunia ni ada bermacam jenis manusia
dari alam sekolah
alam universiti
alam kerja
dan segala jenis alam yang ada sejenis kehidupan bernama manusia

kawan
sejenis makhluk yang ada di sisi kita
datang dan pergi
hadir dan berlalu
timbul dan tenggelam
hai dan bai

memang dalam kehidupan ni kita kena ada kawan
kenapa?
untuk kita saling mengenal antara satu sama lain
untuk kita saling membantu antara satu sama lain
saling mengingatkan
dn segala bentuk yang mengaitkan antara satu sama lain
ehem *betulkan suara*

kawan untuk dimanfaatkan?
terasa kita dipergunakan?

dan jika itu menjadi kesedihan dalam hati
tenangkan diri kembali
ingatkan diri
refresh balik kehidupan kehidupan masa lalu kita
kadang apa apa yang jadi hari ini, mungkin ia teguran dari Allah tentang masa lalu kita
atau
mungkin juga ujian buat diri untuk hadapi hari kemudian

pernah tak sepanjang kita hidup
kita berniat untuk berjumpa dengan orang yang seirama dengan kita?
pernah minta redha Allah untuk hadirkan mereka mereka yang dapat berjalan riang bersama kita?

jika ya jawabnya
dan ia masih belum nampak bayang kehadiran mereka
teruskan saja berdoa
kerna kuasa doa itu ada pada mereka yang meyakini nya *manis

saat kita diperkenalkan dengan seseorang,
doa, agar kita dapat beri manfaat pada dia
manfaat yang macam mana?
yang pabila dia bersama kita, dia semakin ingin mendekat pada Ilahi
doa, agar sama sama saling menguat

tapi...  

jika benar hadirnya dia 
hanya untuk memanfaatkan kelebihan yang kita ada
hanya untuk mempergunakan diri kita...
yang tenang saja :)
niatkan segala kebaikan yang kita beri
dapat menyedarkan dia
dapat membantu dia lebih mengenal diri
kenapa?
kerna selamanya kebaikan akan tetap tertegak
permata akan tetap memberi sinar

analogi nya begini
jika ada seorang insan minta duit untuk beli makanan
kemudian kita beri dengan senang hati tanpa mengetahui untuk tujuan apa insan berkenaan ingin gunakan
pertama, jika benar ya insan berkenaan sangat memerlukan bantuan kita, kita sudah dapat bantu insan berkenaan
kedua, jika tidak, dia menipu kita, itu urusan dia dengan Yang Maha Kuasa
kita? redha kan saje 
kerna ia tidak beri kesan dalam hidup kita...
malah dia yang akan dihantui perasaan bersalah
segala kebaikan yang kita buat
yang kita beri pada insan sekeliling
jangan pernah dikeluh kesahkan
niatkan segalanya itu bekal untuk saham akhirat kita
kerna kita tidak tahu, amal mana yang الله terima 
jadi... teruskan sebarkan kebaikan
biarpun kita dicemuh diabai dek kebaikan itu

hikmah tak selalunya hadir sekelip mata
ia hadir saat kita betul betul memerlukannya

mungkin esok
mungkin juga tahun depan
atau 5 tahun akan datang

apa yang penting
letak sabar pada tahap atasan
biar yang indah itu kelihatan pada tempatnya

namun, jika kelakuan nya dilakukan tanpa dia sedar
maafkan dia
kerna kadang, kita juga ada terlepas pandang
akan ada cacat cela kita yang tak terpandang mata sendiri
jadi... izinkan insan sekeliling untuk saling menjaga antara satu sama lain

usah bersedih duhai awak
insan yang benar benar tulus ingin bersahabat dengan kita
akan ada satu rasa yang menghubungkan antara dua 
akan ada kimia antara berdua nya 

kalau ada 70 percent yang benci tapi hanya 30 percent yang sayang ...
fokus saja pada yang menyayangi 😉

and the rest is history.

(p/s: harap perkongsian ini menjawab persoalan awak 😇)

***
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).
Memberikan manfaat kepada orang lain, maka manfaatnya akan kembali untuk kebaikan diri kita sendiri. Allah Jalla wa ‘Alaa berfirman:   
إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ 
Jika kalian berbuat baik, sesungguhnya kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri” (QS. Al-Isra:7)
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ الله فِي حَاجَتِهِ
“Barangsiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan membantu keperluannya.” (Muttafaq ‘alaih)
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: 
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ الله عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ, ةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ الله عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Barang siapa yang memudah kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan niscaya akan Allah memudahkan baginya di dunia dan akhirat” (HR. Muslim)
***
segala yang saya kongsi dari sisi pandang seketul saya
jika ada kurang lebih
moga dimaafkan dan dihalalkan
saya juga insan yang masih belajar mengenal dunia
moga dengan sedikit perkongsian ini dapat didik hati dan jiwa kita
moga aura positif sentiasa ada menemani hari hari kita
bi iznillah

sampai berjumpa lagi di lain masa
*flip tudung sambil berlalu pergi~

sekian
iamummizu

0103
11052017
Utara

#kunyahbagihadam2017 #semangattiga #didikhati

Kelip Kelip Bayang

dalam suatu hikayat dahulu kata
begini kisahnya bermula...
.
pengembaraan antara si kecil dan seorang gadis
.
si kecil dikenali juga sebagai adik dan seorang gadis itu dikenali kakak
.
dan dialog antara mereka pun terkisah...
.
wahai adikku
mengapa kulihat dirimu suka benar akan bayangmu sendiri?
bukankah ia hanya sekadar bayang yang tiada apa?
.
diam...
lama.
.
kemudian jawap si kecil...
.
wahai kakakku
tiada lah apa pada si bayang hanya lah ia menjadi inspirasi buat diriku
.
ya!
inspirasi dalam diam nya dia
.
bagaimana?
jika diizinkan bolehkah adikku menceritakan kepada ku wahai adik?...
.
suatu pagi yang nyaman
senyaman menghirup udara pagi tanpa cemar dari bahaya asap
duduk aku di bangku taman
melihat terbitnya sinar mentari
indah
ciptaan الله indah pada setiapnya ia
setelah lama aku memerhati
lalu aku bangkit
perlahan lahan aku berjalan
sedikit dikit ada suatu bayang mengekori
ke mana pun pergi dia tetap bersama
setia di sisi
.
dan aku mulai menterjemah
bahawa dalam hidup ni akan ada insan insan yang akan hadir menceriakan hari hari ku
memberi sokongan dorongan
yang dalam apa jua situasi mereka tidak berganjak tepi
.
lalu aku bersyukur pada hadirnya insan insan ini
.
ku teruskan langkah menuju ke suatu destinasi
jauh
penat
penuh halangan
kemudian bayang itu seakan akan hilang dari realiti
perginya tanpa kusedari
tertanya tanya dalam diri
ke manakah kau pergi
mungkinkah aku tidak kau peduli lagi
.
sedih
terasa hati
dan pelbagai rasa negatif hadir
.
terduduk aku sendirian
menangis penuh sendu
.
lalu seorang nenda hadir memujuk
.
mengapa wahai cucu?
adalah masalah sedang melanda dirimu?
.
diam bersama sendu
.
nenda
mengapa dia pergi?
.
pendek
ringkas pertanyaanku
.
diam
.
mencari kata...
.
wahai cucu yang bijaksana
tidaklah dia pergi dengan sia sia
mungkin pemergiannya untuk menyambung perjuangannya yang tertunda * tiada siapa tahu tentangnya
.
jangan terlalu sedih wahai cu
kerna hidup ini perlu diteruskan walau dalam kesendirian yang sekejap
mungkin dari perginya dia untuk kau belajar erti berdikari
yang mana hidup ini tetap berjalan tanpa henti
.
teruslah berjalan walau dengan air mata
.
ku kesat bekas bekas aliran ini perlahan lahan
semangat kian pulih
.
nenda hilang dalam kesamaran
.
aku bangkit
meneruskan jalan
walau payah
.
bayang
walau kita tidak bersama di sisi sekarang
aku tahu kau sentiasa dalam jagaan الله
moga yang baik baik menemani perjuanganmu bayang
aku di sini juga harus berjuang
.
ketahui lah
walau kita berbeza benua
kita tetap memandang langit yang sama
.
lama perjalanan ini
.
tiba tiba
aku merasai keberadaan kau di sisi
senyap
tapi penuh realiti
syukur aku masih berpeluang bertemu denganmu
aturan الله tidak ada yang sia sia
.
panjang kita berkongsi rasa
lebar juga kita bertukar rasa
.
sampai satu detik
kau berkata...
wahai bebayangku
aku tidak dapat lama bersama denganmu
mungkin diakhir senja nanti aku akan hilang dari penglihatanmu
namun ketahuilah
sejauhmana jarak ini memisah
masih ada doa pengikat antara kita
pesan aku
jaga keimanan kepada الله dengan sebaiknya
dan yang lainnya akan baik baik aja
jangan tangisi perpisahan ini
kerna kita akan berjumpa jua suatu saat nanti
jika tidak di sini
mungkin di 'sana' nanti
.
ingin bertanya lebih
namun bayang nya serta merta hilang dari pandangan
tidak sempat berkata satu dua
.
begitulah hidup
yang tidak disangka sangka akan berlaku
dan semoga ia sentiasa jadi yang terbaik dalam fikiran kita
.
subhanallah
.
aku temui suatu kisah dari bayang bayang ini
tidak kurang
tidak lebih
hanya sederhana pada penglihatanku
.
dan aku bersyukur pada pertemuan ini
terima kasih الله atas nikmat yang satu ini
.
moga nanti nanti
dapat aku khabarkan pada dunia
akan apa rasanya nikmat ini
.
tidak ramai yang mengerti
namun cukup sekadar yang menghargai rasa ini
.
...
.
dan begitulah kisahnya wahai kakakku
aku temui dia dalam perjalanan hidup ini
.
walau pada pandangan insan lain ini hanyalah sekadar cebisan kosong
namun andai cebisan ini dicantum
mungkin akan terlakar selembar kisah hidup yang mendorong
.
ah
mungkin ini hanya fantasi semata pada fikiran yang lain
.
senja sudah melabuhkan tirai
dan malam pun menjelma
.
aku ngantuk
jumpa lain masa
.
settle
.
sentiasa berfikiran positif walau di manapun jua supaya hidup sentiasa ceria 💞

#kisahbayang #kunyahbagihadam

Ada apa pada Broadcast?

Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim

> izinkan perkongsianku mendidik hatiku dan hatimu jua <


Ada yang inginkan perkongsian berkaitan pengalaman belajar broadcast.
and here me share *kenyit mata
bi iznillah


ehem *test mic*
Dunia belajar adalah sesuatu yang sangat penuh dengan peluang dan ruang jika kita manfaatkan pada perkara-perkara yang baik buat masa depan. Tapi selalunya dah sem sem akhir baru kita nampak semua tu. huhuu~ (bagi yang sedang membaca dan masih pada fasa awal, mohon grab peluang itu)

Perjalanan untuk masuk Universiti Utara Malaysia amat la panjang kisahnya. 
dan kisah ini akan dipendekkan...

broadcast?
kenapa pilih broadcast?
kenapa tak pilih advertise?
kenapa tak pilih journalis?
dan banyak lagi persoalan yang timbul~

kerana broadcast jiwa saya. *buat masa ni*
saya rasa tenang. *alhamdulillah 'ala kulli hal

macam mana?

i.s.t.i.k.h.a.r.a.h.

bukan dalam hal memilih jodoh saje kita perlu untuk istikharah.
untuk perkara penting macam ni pun kena istikharah.
sebab apa? sebab kita bertanya terus dengan Yang Maha Perancang.
kita tanya Allah, pilihan yang mana terbaik untuk dunia akhirat kita.
indah?
ya ^_^ *manis

Perjalanan kisah sepanjang belajar broadcast?
Biasa lah ada manis ada pahit.
kenapa? sebab kalau manis je yang kita rasa, macam mana nak bezakan yang pahit, kan?

Ia bergantung pada cara kita melalui nya.
jika positif cara pandang kita, positif lah yang kita dapat... dan begitu lah sebaliknya jika negatif.

apa yang akak belajar dari broadcast?
belajar cara tulis skrip, cara handle camera, cara buat video, editting, psa, dokumentari, buat news event dan sebagainya.
dan semua ni juga disokong dengan join program-program yang persatuan buat seperti jadi ajk dan sebagainya.
tak semua perkara kita akan belajar dalam kelas, so ambil peluang yang persatuan buat untuk belajar sesuatu yang baru.

| ruang dan peluang sentiasa terbentang luas pada mereka yang mahu menghargai |

dan semua perkongsian ni dari sisi pandang seorang saya yang kerdil ini.
untuk perkongsian yang lebih baik, mohon bertanya pada yang lebih pakar.
kerna saya masih merangkak menuju ke fasa itu.
*kuis kuis pasir*

sekian
iamummizu

1312
09052017
Utara

Terapi Buat Hati yang Disakiti

Bismillah
> izinkan perkongsianku mendidik hatiku dan hatimu jua <

[lupakan hati yang sedang sakit]

"Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh. Apabila ia buruk, maka buruk pula seluruh tubuh. Ketahuilah, itu adalah hati". (Hr. bukhori dan Muslim).

hati.

dalam hidup ni banyak dugaan yang kita perlu tempuh
dan antara nya dugaan (baca: ujian) hati.
kita tak akan lepas dari merasai sakitnya seketul hati bila dilukai
tidak kisah dari sisi mana pun
persahabatan, kekeluargaan, rakan kerja dan seumpamanya

kerna kita hidup dengan insan yang bernama manusia juga
yang punyai hati dan perasaan

dan setiap dari kita takkan terlepas dari buat silap

hakak kongsi 2 sisi pandang bagi situasi ini.
pertama, situasi hati yang disakiti.
kedua, meletakkan diri kita pada situasi insan yang menyakiti.

nak layan perasaan dengan mengenangkan diri disakiti dilukai dikhianati dan di di di ...
boleh tapi jangan keterlaluan
ya. memang menjadi figura yang sentiasa menghantui hidup kita.
tapii...
sampai satu tahap kita akan terfikir "mengapa perlu sakit hati atau terasa hati akibat luka yang dibuat oleh insan lain?"
"sedangkan boleh je kalau saya kawal rasa ini"

ya. kak tak nafikan perasaan itu mudah untuk hadir.
tapi...kita pun ada hak untuk bahagia kan?

nak rasa sedih, boleh
tapi jangan keterlaluan
nak rasa geram, boleh
tapi jangan keterlaluan
biarlah segala rasa yang hadir itu
kita kawal dengan sederhana

bila nak lupakan hati yang sedang sakit macam mana?
first kembali lah pada fitrah iaitu suka pada kebaikan
bagaimana? dengan membalas segala keburukan dengan kebaikan
sukar? ya memang :) tapi bertambah sukar kalau kita tak cuba, kan? 

kedua, jangan terlalu fikir rasa sakit dihati. 
maksudnya? ubat dengan zikrullah.
bukankah dengan mengingati الله,jiwa akan menjadi tenang *manis :)

kita tak boleh lupa pada hati yang disakiti sebab fikiran kita terlalu memikirkannya
kita, adalah apa yang kita fikirkan.
kerana kecenderungan deria rasa itu punya kuasa yang luar biasa
jadi, setkan pada minda untuk jadi positif pada segala yang hadir
yang negatif itu selitkan sedikit saje 

ketiga, cuba slow talk dgn insan berkenaan
bicara dari hati ke hati
kita akan lebih terbuka jika kita tahu cerita disebalik tabir, kan? :)

dan akhirnya, segala perkara yang terjadi itu ada hikmah yang telah ditentukan

الله bukan uji kita saje...
tapi
الله juga uji insan yang menyakiti kita

sama sama sedang melalui fasa ujian
sama sama kena kawal diri
sama sama kena bertanang
dan bagi hati hati mereka yang kental saje akan dapat melepasi fasa ini

letakkan kita ditempatnya
mungkin dia tidak sedar telah buat hati kita sakit.
mungkin juga dia tidak bermaksudkan begitu
mungkin juga hatinya sedang dicemari zarah zarah negatif
dan seberapa banyak kemungkinan
kita tidak tahu kan ~

senyum itu penawar juga
positif thinking juga menjadi terapi

and the end
all is about mind =D

buat insan yang sedang melalui fasa ujian ...
semoga tetap kuat hadapi ujian ini 💪

0150
09052017
Utara

#kunyahbagihadam2017 #semangatsatu #didikhati