Pesanan buat si dia

Bismillah.

Lembaran baru. Hari baru. Kisah baru. Hidup baru. Perjalanan cerita yang baru.

Perasaan? macam -macam perencah ada. Nak mula hidup kat tempat orang kan? banyak perkara awak kena jaga zu :)

di sini saya nak pesan pada awak zu!

DIA letak awak di sini dan beri awak merasai hidup dalam suasana ini, mungkin nak awak belajar sesuatu daripadanya. Sapulah air mata mu. Tiada kisah yang sia-sia. Semua nya pasti ada yang DIA nak awak tahu, belajar dan merasainya.

Jauh dari keluarga. Tipu kalau cakap tak sedih. :) . tapi demi nak capai cita-cita. nak lihat Islam tertegak, mesti kena mula dari dalam diri sendiri telebih dahulu ye dak? Tak pe, biar sejauh mana jasad terpisah doa tak pernah memisahkan kerinduan kita. Doa. senjata tu.

Jaga diri, hati, iman, peribadi, akhlak dan segalanya. Bukan awak yang terbaik, tapi awak sedang berusaha ke arah itu. jangan rebah, terus melangkah.

Hormat semua orang tak kisah dia lebih tua dari awak mahupun lebih muda dari awak. Kerna untuk menginginkan kita dihormati, mesti kita menghormati orang lain terlebih dahulu. Buat kerana DIA, sedih nya tak terlalu seksa. DIA ada sebagai penawar

Susah. Penat. Jangan cepat melatah. Hadapilah dengan tabah sabar. senyum. bak kata crew muamalat "ceria" . hehee. tak kisahlah orang nak pandang awak macam mana pun, hati kena kental. jadikan pandangan DIA yang utama. 

Buat cinta hati kesayangan kerinduan.
dah ada di tempat orang, buatlah seperti sang musafir. tiada masa untuk dibazirkan. manfaatkan setiap masa untuk mengutip seberapa banyak bekal yang boleh dijadikan teman.

ingat. kematian sentiasa mengekori. jangan lali & lalai. lazimi istighfar. moga awak sentiasa dalam jagaan kasih sayangNya.

miss with more love

take care
fi hifzillah
ya bunaiya



cebisan semangat semalam

Assalamualaikum awak semua ^ ^ semoga sentiasa dalam rahmat & kasih sayangNya. =D

# kerana semalam coretan ini terlakar # kerana semalam jiwa ini bangkit # kerana semalam adalah kenangan terindah # kerana semalam pengalaman baru zu dapat #

setiap pengalaman ada pengajaran

ada sesuatu yang DIA nak awak belajar
nak awak kawal emosi awak

nak didik awak jadi lebih matang dari sebelumnya
yang lebih utama
DIA nak tingkatkan iman awak
sedikit sedikit
setapak setapak
selangkah selangkah
menuju redhaNya

bila awak rasa tak mampu buat
sesuatu yang awak fikir sukar susah payah
duduk sebentar
fikir sejenak
ambil saki baki ruang yang ada
pasti
DIA nak awak hadapi

DIA tahu awak mampu
DIA sentiasa ada
tak meninggalkan awak kesepian keseorangan

bila awak tak dapat pilihan di sini
pilihan yang awak harap sangat akan dapat
dengan doa berkat mama ayah abang adik cikgucikgu sahabat kawan teman insan-insan sekeliling
jangan rebah terus
jangan terkubur terus kesepian tanpa khabar berita
sebab awak masih ada peluang di sana sana sana dan di mana-mana jua
peluang tu sentiasa ada bagi sesiapa yang masih mengharap padaNya
bumi DIA ni besar luas
rezeki tu kat mana-mana pun DIA boleh bagi
asal awak usaha
asal awak terus mencari
asal awak terus terus dan terus bangkit setelah rebah berulang kali
sebab DIA nak uji semangat awak
semangat yang terus mencari dan mengharapkan redhaNya
itu yang DIA nak lihat.

bila semua yang awak rancang gagal

bila semua yang awak atur tak menjadi
bila semua yang awak susun hancur berkecai bagai serpihan kaca
jangan terus patah semangat
carilah dan kutiplah seberapa banyak yang boleh
semangat-semangat dari insan-insan sekeliling
sebab  DIA ada rancangan yang telah diatur lebih lebih dan lebih kemas dan indah buat awak
'hadiah' berharga yang tak awak sangka-sangka

hidup ni ada pasang surutnya
saat di bawah jangan cepat putus asa
usaha lebih lagi
kejar laju lagi 
mereka yang dah berjaya sampai ke puncak
dan...
bila dah berada di atas
jangan terlampau meninggi diri
sentiasa ingatkan diri 
ada yang memerhati tingkah laku awak
DIA


tenang...
sabar...
doa...
senyum...

ada perkara mereka dah belajar terlebih dahulu dari awak dan awak pula baru merangkak nak belajar perkara itu
ada juga perkara yang awak dah belajar terlebih dahulu dari mereka dan mereka pula baru merangkak nak belajar perkara itu 
jangan terlalu merendah diri sehingga awak berputus asa
teruslah berusaha
belajar belajar belajar
walaupun awak dah jauh ketinggalan daripada mereka
usaha lagi cari apa yang awak belum tahu
untuk jadikan bekalan di 'sana'
sebab ilmu DIA tu luas

ada kelebihan
kongsi dengan insan lain di sekeliling
ada kekurangan
cuba cari cebisan-cebisan kelebihan insan sekeliling
untuk kita semua sentiasa perbaiki kelemahan tu
biar nanti
tika awak semakin mendewasa kelak
awak dapat bantu mereka yang senasib dengan awak
yang mengalami saat-saat kejatuhan seperti awak
sebab hidup ni mesti saling menguatkan
bukan semakin melemahkan

***selingan***
kalau nak dibandingkan saya dan dia yang lebih pandai cerdik dan bijak
memang jauh beza
sebab saya tiada apa jika nak dibandingkan dengan mereka semua
tapi
saya tetap bangga dengan diri saya
sebab DIA yang cipta aku
DIA yang jaga aku
maka apa sahaja yang DIA beri
semua tu nikmat
mesti bersyukur.
******
nak belajar kawal dan didik diri tu bukan mudah
tapi bila awak dah berjaya 
semua tu akan jadi indah ^_^

# kerna hidup di 'sana' itu jauh lebih indah, kita mesti perlu sentiasa berjuang di 'sini' #



masih ada harapan
bagi mereka
yang berusaha mencari redhaNya


sekian. perkongsian semalam yang tertangguh =D

nota hati: solat 5 waktu sempurnakan ye

#1 Biar HATI ini IMAN jaga


Hati. Di situlah letaknya kita. Tanpa hati kita akan sunyi. Dalaman hati itu perlu kita isi dengan iman kerana ia bagai cahaya penyuluh kehidupan insan. Manusia itu sentiasa diuji. Kadang imannya naik dan kadang imannya turun. Namun, jangan terleka. Andai kita tersedar dari kelekaan dan kelalaian sepantasnya kita perlu beristighfar. Tanpa iman manusia seperti di awang-awangan sahaja. Jangan dilupa! Tanda iman itu, petunjuk dari Allah. Mintalah selalu pada-Nya agar DIA sentiasa menjaga hati kita.

            Dengan kasih sayang-Nya, DIA memberi iman kepada hati kita agar sentiasa utuh dan teguh walau diuji dengan ujian yang mencabar. Hati dan iman sering diuji kerana DIA ingin kita beramal dengan sebenar-benarnya bukan hanya kepalsuan semata-mata. Justeru, letakkan hatimu pada tempat yang sewajarnya. Biar hati ini, Allah yang pegang.

            Apabila hati itu suci, maka baiklah segalanya. Akhlak yang baik itu datangnya dari hati yang penuh dengan keimanan. Jangan sia-siakan hatimu dengan perkara yang hanya akan menjejaskan masa depanmu. Pelihara dan jagalah hatimu dengan didikan iman yang sempurna. Perbanyakkan istighfar walau di mana kita berada kerana Allah tahu apa yang ada dalam hati setiap hamba-Nya.

            Rasa kosong? Mungkin tika itu hatimu merindui iman untuk berada di sisi. Bergerak pantaslah dengan memohon kepada Allah agar hati itu ditemani dengan iman. Jangan biarkan hatimu terpisah dengan iman! Takut nanti ia menjadi keras. Dekatkan hatimu dengan kalimah-kalimah Allah. Damaikan hatimu dengan janji-janji Allah. Allah tidak akan memungkiri janji-Nya. Allah mempunyai 99 nama sebagai bukti DIA berkuasa atas segalanya. Begitu juga dengan hati ini. Andai hati sakit, rawatlah ia. Jangan sampai ia malarat hingga tidak mengenali temannya iman.

Marilah kita sama-sama menguatkan iman dengan doa-doa ini :

“Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.”

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami,dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

"Ya Allah, janganlah Engkau bolak-balikkan hati-hati kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami."

"Ya Allah, matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"

Aamiin ya robbal ‘alamin.

Ujian Allah

Bismillahirahmanirahim
Allahumma salli ‘ala Muhammad wa Ali Muhammad

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Alhamdulillah
*************

Ehem! ... *betulkan suara* Dunia ni medan perjuangan. Bukan namanya dunia kalau kita tak diuji. Selamat meneroka pengembaraan mengutip cebisan-cebisan semangat untuk meneruskan saki baki kehidupan dunia ini. ~
" Dalam 'exam', kita belajar terlebih dahulu kemudian baru diuji tahap pengetahuan kita.
tapi, dalam menjalani kehidupan dunia ini, kita diuji terlebih dahulu kemudian barulah belajar daripada ujian tersebut. "

Begitulah uniknya perancangan Allah. Apa-apa sahaja yang ada di dunia ini, semuanya adalah ujian. Mendapat kesusahan itu ujian dan mendapat kesenangan juga merupakan ujian. 
Sekarang kan musim result exam keluar, so akak zu bagi contoh ikut situasi sekarang lah ye, dik? Misalnya, tika diberi keputusan peperiksaan yang baik, Allah uji kita dengan 'kesyukuran'. Terus lalai dan leka untuk mengingati pemberian-Nya mahupun terus mengucap hamdallah *alhamdulillah*. Adakah hamba-Nya tetap bersyukur dengan nikmat kecemerlangan dan kejayaan? Adakah kita menggunakan 'tiket cemerlang' untuk berbakti pada jalan-Nya? dan... tika kita diuji dengan 'indahnya' sebuah kegagalan, adakah kita masih mampu tersenyum? Mensyukurikah kita dengan kegagalan yang sementara itu? Adakah kita manusia yang cepat melatah apabila diuji dengan kegagalan? atau kita masih tenang dengan senyuman? Adakah kita masih mampu membantu orang lain yang sedang kesedihan? Adakah kita mampu untuk mambantu mereka dengan kata-kata semangat? Dimanakah kita tika ujian Allah datang menyapa?  

Hah!!! Dari ujian itulah keimanan kita diuji dan teruji. Adakah kita manusia yang hanya bersyukur tika senang sahaja? atau kita mensyukuri setiap saat yang diberi-Nya?
Ada seorang sahabat akak ni, dia sulalu selalu dapat result tak berapa bagus. Dia tak sedih sebab result tapi dia sedih bila ibu dia kecewa sangat tengok result dia. Daripada boleh tahan nangis terus tak boleh tahan dan fikir bukan-bukan. Setiap kali exam dia mesti nangis sampai lebahm-lebam mata. Takut sangat ibu dia kecewa lagi. Tahu lepas tu apa yang dia buat? dia selalu mengadu pada Allah. Minta maaf pada Allah sebab tak dapat bahagiakan ibu dan abah dia.
*kuncinya: kembali pada Allah*
Bila kita diuji, kita rasa sedih teramat sangat dengan ujian itu. Rasa ingin menangis sepuas-puasnya dan meraung dengan harapan agar DIA mendengar kesakitan yang kita alami.
Dik... ooo dik, jangan lah meraung sampai tak ingat akhirat. Allah Maha Mendengar. Cukuplah awak tenangkan hati, ambil masa bersama DIA di keheningan malam untuk bermunajat pada-Nya. Mungkin juga ada sebab kenapa awak dapat result macam tu. Mungkin awak dah rajin pulun habis belajar tapi awak lupa tunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Mungkin juga awak dah fokus masa belajar tapi awak lupa hormat mak ayah awak. Mungkin juga awak dah susah payah baca buku tapi awak lupa berdoa dan bergantung harap hanya pada-Nya. Itu hanya contoh semata-mata. Banyak sangat sebenarnya kemungkinan yang mungkin kita semua terlepas pandang.


Setiap orang diuji. Cuma ujian setiap orang itu berbeza, bergantung pada kemampuan dia. Allah uji awak dengan kegagalan hari ini, DIA tahu awak mampu bangkit selepas ini, dik.
That's why we shouldn't judge others as we don't know what they're going through.


Sifat manusia memang ada perasaan sedih. Sedih adalah lumrah. Kalau tak pandai sedih tu ada problem lah orang tu dengan perasaan nya. Bersedih tak semestinya meratap. Boleh menangis cuma awak JANGAN meratap meraung kesedihan tu.
 
Nangis lah dik *sambil usap bahu tenangkan awak*. nangislah, tak salah pun. Air mata ni boleh tolong keluarkan kecewa. Jadi lepas ni boleh teruskan dengan azam baru. Sedih tu fitrah manusia. We are human, not an angel. Ada masa kita mesti sedih. Tangisan kesedihan tu boleh tapi jangan lama-lama, nangis yang berlebih-lebih tu yang mungkin bawa mudarat pada diri sendiri. Mungkin juga kalau sedih berpanjangan benda tu tak akan mengubah segalanya melainkan kita berdoa usaha bangkit. Macam mana kita kawal kesedihan tu yang penting. Masa meratapi kejatuhan dah habis. Sekarang masa untuk bangkit.
Kita memang tak akan terlepas dari masalah. Hanya Allah tempat kita mengadu. Semoga kita sama-sama dapat mengatasi masalah ini dengan kekuatan dari Allah. Mohon lah agar Allah mencampak kan secebis kekuatan-Nya buat kita untuk menempuhi ranjau kehidupan ini.
Kita meminta kepada Allah untuk secebis kekuatan,
tetapi Allah beri kita kesukaran untuk membuatkan kita tetap kuat mengharungi segala dugaan,
Kita meminta kepada Allah untuk secebis kebijaksanaan,
tetapi Allah beri kita masalah untuk kita menyelesaikannya dengan panduan dari-Nya ,
Kita meminta kepada Allah untuk sebuah keteguhan hati dan iman,
tetapi Allah beri kita insan-insan yang mengkritik kita dengan pelbagai ragam untuk kita tetap teguh berdiri,
Kita meminta kepada Allah untuk sebuah keyakinan diri,
tetapi Allah berikan pelbagai ujian untuk ajarkan kita keyakinan diri,
Kita meminta kepada Allah untuk sebuah keberanian, tetapi Allah beri kita halangan untuk kita belajar beranikan diri mengatasi halangan tersebut,
Kita meminta kepada Allah untuk sebuah ketabahan,
tetapi Allah beri kita pelbagai keperitan hidup untuk terus tabah menjalani ranjau-ranjau kehidupan,
Kita meminta kepada Allah untuk sebuah cinta dan kasih sayang, tetapi Allah beri kita insan-insan yang bermasalah untuk kita membantu dan berikan insan yang tulus untuk didampingi ,
Kita meminta kepada Allah untuk sebuah nikmat,
tetapi Allah beri kita kesusahan demi kesusahan untuk kita hargai nikmatnya setelah bersusah payah merasai peritnya perjalanan mencari Tuhan
Benarlah!
Kadang kala kita tak dapat apa yang kita mahu dan ingini,
tetapi kita sentiasa dapat apa yang kita perlu.
*kenyit mata*
Tuhan memberi peluang kepada sesiapa saja yang berusaha kuat. Kejayaan dan kelemahan sebenarnya berkait dengan sikap dan cara kita berfikir dan berusaha. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Kita boleh berjaya sebenarnya. Yang penting jangan cepat putus asa. Putus asa memang lumrah kehidupan tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit semula. Jadikan agama tempat kita bergantung semasa susah senang dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Manusia memang banyak buat kesilapan. Insaf (sedar), beristighfar dan usaha lah untuk perbetulkan kesilapan tu. Kita asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang kita tidak tahu, kita belajar, minta tolong daripada orang lain. Jangan malu. Kita bukannya mencuri. Kita usaha. Sikap pemalas dan pemalu ni kita kena atasi. Bila dah Berjaya nanti kita bolehlah bantu orang lain yang memerlukan. Kita ni hamba Allah, manusia biasa yang boleh menjadi luar biasa jika ada usaha yang berlipat ganda. Tuhan jadikan manusia semua sama je. Tahap kematangan dan ketaqwaan yang membezakan antara kita. Kita semua boleh Berjaya macam orang lain, bahkan lebih lagi asalkan kita tekun dan bersungguh-sungguh dalam usaha. Kenalilah kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Apa yang kita belum mampu buat, minta tolong orang lain bantu. Sudah pasti memakan masa, tiada jalan singkat. Tapi bila dah Berjaya nanti kita juga yang gembira. [ jangan sampai lupa Tuhan]. Bila dah Berjaya, turun lah lihat mereka yang masih berusaha mencari kejayaan . Bantu mereka. Allah beri rezeki kejayaan pada kita masa tu untuk kita bantu orang lain. Rezeki tu bila-bila masa DIA boleh ambil balik.
Petikan kata-kata dari buku BATU BATA KEHIDUPAN by HILAL ASYRAF, "Sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat selagi kita berpegang teguh pada agama dan patuh perintah Allah."

Untuk menerima segala takdir-Nya memang bukan mudah. Dalam hidup kita tak ada button 'pause' untuk hentikan perjalanan hidup ni, kita hanya perlu sediakan kekuatan fizikal dan mental untuk terus bertahan dengan pertolongan-Nya. 

Redha senang untuk di ucap tapi payah untuk dibuat, Allah tengok usaha, natijah (hasilnya) DIA yang tentukan. Usaha lah sampai redha. Katakanlah awak dah usaha untuk redha tapi at the end teringat jugak balik kesedihan tu. Tak pe *senyum*. teruskan usaha tu. Teruskan, teruskan dan teruskan. Kena kuat! sebab this is not end here. Banyak lagi cabaran yang mungkin we will do it excellently in the future. Akak faham perasaan tu. Tapi in sha Allah ada tempat lain yang awak boleh ubat kekecewaan awak. Just dont step back but step ahead. Mungkin rezeki awak bukan di sini dik tapi kat tempat lain, kan? Kadang akak pun sama dik, tapi kita kena percaya mesti ada hikmah Allah tak bagi apa yang kita nak dan harapkan sekarang. Mungkin esok, lusa, 5 tahun lagi, munkin masa awak dah kerja, dan mungkin juga di syurga nanti. Akak doakan awak semoga Allah clearkan hikmah untuk semua ini. Jadi kita semua akan lebih redha. Percayalah, most of the time, Allah akan fulfill kehendak kita ikut usaha kita, show more for this time okey *kenyit mata*

In sha Allah, ada usaha ada hasilnya. Alhamdulillah, dah tu rezeki awak. Bersyukur. In sha Allah ada hikmahnya. Awak kena kuat. In sha Allah ada jalan lain nak berjaya. Relaks k. Dah buat yang terbaik kan. Memang! mula-mula memang susah nak terima dengan redha, nak terima qada' qadar, tapi awak cubalah. sebab Allah sentiasa ada... cuba ye. Akak doakan awak berjaya dunia akhirat.
 
So, apa pun result, kita kena bersyukur pada Allah. Dapat banyak A pun ujian, dapat sikit A pun ujian. Allah Maha Mengetahui mana yang lebih baik untuk kita semua. Semuanya pasti terkandung hikmah. Ini ujian Allah untuk kuatkan keimanan awak. Jangan sesekali putus asa dari rahmat Allah. In sha Allah, DIA akan hadirkan insan-insan yang mengambil berat untuk sentiasa ada bagi sokongan. Akak sayang awak ketat-ketat.

Semangat dik semangat!
Bertahan selagi mampu dik. "Jangan kamu sangka kamu beriman sekiranya kamu tidak diuji". Allah sayang awak. Biasanya, bila kita sedih, solat kita lebih khusyuk, ibadah kita lebih banyak. Supaya awak tak larut dalam kesedihan, sentiasa lah ingat kesedihan yang melampau menyebabkan syaitan mudah nak cucuk jarum goda kita.
Ingatlah kembali... Ujian Nabi lagi teruk, lebih mencabar. Bersyukurlah kita hanya diuji dengan result. Cuba bayangkan kalau Allah uji dengan kematian orang yang kita sayang... pasti kita tak dapat nak tahan emasikan? atau DIA uji kita dengan fitnah atau seksaan. Pasti kita tak mampu harunginya.



Cuba awak baca tafsir surah dhuha. Mesti rasa lega dengan janji Allah.




" teguhkanlah jati diri menuju Ilahi"

Saat diuji, pesan pada diri: kuatkan iman, cekalkan hati, tabahkan diri. Kuncinya: solat dan doa.

Apa-apa pun yang berlaku Allah sentiasa ada bersama kita. For sure! saat diuji memang terasa keperitannya. Tapi pujuklah diri dengan surat cinta-Nya dan janji-janji-Nya. Sesungguhnya! Allah tak pernah memungkiri janji-Nya.

Ingat!...

"selagi roh masih dijasad, selagi itu kita akan diuji"


 Saat saya diuji awak ingatkan saya, saat awak diuji saya ingatkan awak.
Alhamdulillah. Semoga kita sentiasa dalam lembayung rahmat Allah.
Aamiin.

# Biar sekarang kita banyak pengalaman merasai keperitan dan kepayahan dalam kegagalan sebelum berjaya mencapai kejayaan yang gilang gemilang. Nanti-nanti bila dah berjaya boleh bantu orang lain pula yang menghadapi kegagalan. At least, awak dah ada pengalaman dan pernah merasai kesukaran itu.

Sekadar perkongsian perasaan dan pengalaman.
So all the best and do better. Good luck untuk exam seterusnya. Do your best and let Allah do the rest.
Akak tembak awak dengan doa dari jauh k.

Result

Semua sedia maklum bahawa hari ni 'result' STPM 2013 P3 dah keluar kan? 'So', memandangkan ada sisa cebisan-cebisan semangat yang terkumpul ni zu nak 'share' apa yang zu rasa. Ok? *betulkan spect*

Alhamdulillah. Ada yang dapat 'result' bagus bergembira dengan kejayaan yang dimiliki atas usaha dan jerih payah. Ada jugak yang dapat 'result' kurang memuaskan hati bersedih hingga mengasingkan diri dari dunia kan?

Ok. *senyum*. Untuk awak yang dapat 'result' bagus jangan lupa buat sujud syukur ye. Nak meraikan kegembiraan awak tu boleh tapi jangan terlalu bangga diri sampai lupa Tuhan ye dan jangan sampai awak lupa pada rakan-rakan yang tak se'bertuah'  awak ye sebab awak masih ada rakan-rakan sekeliling yang sedang berduka lara meskipun awak tak nampak dari mata kasar. Mereka juga punya hati dan perasaan untuk lihat kejayaan sendiri tapi masa itu masih belum menyebelahi mereka. Dekati mereka dan kuatkan mereka. Tak salah pun awak bantu ringankan kesedihan dia. Sekurang-kurangnya awak doakan dia tabah mengharunginya. *senyum lebar*

Kepada awak yang sedang bersedih mengenangkan 'result' yang tak seberapa tu 'just relax' k. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. 'Keep calm and smile'. Ucaplah alhamdulillah walaupun 'result' awak tak sebagus orang lain. Itu rezeki awak dan bahagian awak walaupun sikit. Jangan lupa buat sujud syukur juga ya. *senyum*

Dah doa, dah usaha, dah ikhtiar, dah tawakal
tapi itu jugak yang awak dapat
di situ Allah nak uji, tinggi mana tingkat syukur awak


Pinjam semangat dari Kak Fit
Bersyukur even dapat pointer rendah (padahal ada orang yang dapat lagi rendah dari kita), bersyukur even setiap hari hanya dapat makan lauk telur goreng atau megi je (padahal ada orang jangan kata nak makan telur, makan nasi pun kadang2 tak dapat), bersyukur even muka tak cantik mcm miss universe (padahal ada orang buta yang bisu pekak tak de kaki tak de tangan lagi). Bersyukur dalam segalanya. payah kan? padahal, ALLAH sangat suka hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dalam segala hal.

Bukan bila dapat bagus
awak baru nak syukur. Bila dapat teruk awak nak salahkan Tuhan. Salahkan takdir. Syukur itu perlu setiap masa.

Adatlah study ni ada naik ada turun ada suka ada duka ada manis ada pahit kerana semua itu 'are part of the life' . Bersangka baiklah pada Allah.

Awak dah usaha dan awak pun dah mencuba. 'Trying the best you could.' Tapi, takdir yang tertulis kau gagal akhirnya. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Bersangka baik pada Allah. Pasti ada hikmah.

Kekecewaan setelah berusaha mencuba lebih ringan daripada penderitaan kekecewaan apabila tidak langsung berusaha untuk mencuba. Biar hujung waktu kita sedar dan berusaha daripada putus asa dan mengenang nasib. Biar kita mati berjuang ke saat akhir daripada hidup bacul tak mengaku kita dah tersilap langkah. Biar saat ini kita tetap berusaha walau pedih mengetahui betapa lalainya kita daripada mengetahui kita tak pernah sedar kelalaian kita dan biar kita usaha sedikit daripada langsung tak berusaha. Kerana Allah sayang hamba-Nya yang begitu. Yang berusaha tanpa lelah. Keputusan itu milik Allah. Yang penting usaha. Teruskan perjuangan. 'Never give up and never say die before you try.'

Pasti ada hikmah. Tak nampak sekarang mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin masa awak kerja nanti.

Laa tahzan. Jangan bersedih. 'There's always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better.'

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku )maka pasti azab Ku sangat berat” (Ibrahim:7)

Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Awak terluka dan merana, tentunya DIA mengetahuinya. Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya. InsyaAllah.. yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan.

#Dapat result bagus jangan riak. Jangan pandang lekeh dekat orang lain. Dapat result rendah jangan putus asa. Jangan rasa ini pengakhiran dunia.#
*betulkan suara*
Untuk tersenyum disaat duka itu payah kan? tapi bila awak mampu melakukannya awak hebat! Hebat terima sebab awak tau semua tu datangnya dari DIA juga dan semua yang datang dari DIA tu adalah yang terbaik buat diri kita. Pandang semua tu nikmat.



Jika kecewa itu membuatkan kita ingat pada Allah, itulah nikmat.
Jika gembira itu membuatkan kita lupa pada Allah, itu musibah.

Ingat! Perancangan Allah hebat. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Berdoalah tanpa henti agar dipermudahkan segala urusan.


Bukannya hati awak tak kecewa dan bukannya hati awak tak hancur, bukan pula hati awak tak perih, namun redha dengan ketentuan Allah itu amat penting.


ada orang bila dia jatuh dia bangkit cepat
ada juga orang bila jatuh dia bangkit lambat
tapi apa-apa pun yang penting dia bangkit!

Kalau jatuh, bangunlah kembali dan terus lari pecut! baru style ^_~ bangkit dan terus lompat tinggi-tinggi dengan senyum manis macam gula

Langkah ini tidak boleh berhenti setakat ini. Masih perlu berjuang meneruskan saki baki perjalanan hidup ini. Bismillah

# Jangan risau, Allah ada untuk awak semua, Allah ada untuk saya, Allah ada untuk awak, Allah ada untuk dia, Allah ada untuk kita semua.