Kelip Kelip Bayang

dalam suatu hikayat dahulu kata
begini kisahnya bermula...
.
pengembaraan antara si kecil dan seorang gadis
.
si kecil dikenali juga sebagai adik dan seorang gadis itu dikenali kakak
.
dan dialog antara mereka pun terkisah...
.
wahai adikku
mengapa kulihat dirimu suka benar akan bayangmu sendiri?
bukankah ia hanya sekadar bayang yang tiada apa?
.
diam...
lama.
.
kemudian jawap si kecil...
.
wahai kakakku
tiada lah apa pada si bayang hanya lah ia menjadi inspirasi buat diriku
.
ya!
inspirasi dalam diam nya dia
.
bagaimana?
jika diizinkan bolehkah adikku menceritakan kepada ku wahai adik?...
.
suatu pagi yang nyaman
senyaman menghirup udara pagi tanpa cemar dari bahaya asap
duduk aku di bangku taman
melihat terbitnya sinar mentari
indah
ciptaan الله indah pada setiapnya ia
setelah lama aku memerhati
lalu aku bangkit
perlahan lahan aku berjalan
sedikit dikit ada suatu bayang mengekori
ke mana pun pergi dia tetap bersama
setia di sisi
.
dan aku mulai menterjemah
bahawa dalam hidup ni akan ada insan insan yang akan hadir menceriakan hari hari ku
memberi sokongan dorongan
yang dalam apa jua situasi mereka tidak berganjak tepi
.
lalu aku bersyukur pada hadirnya insan insan ini
.
ku teruskan langkah menuju ke suatu destinasi
jauh
penat
penuh halangan
kemudian bayang itu seakan akan hilang dari realiti
perginya tanpa kusedari
tertanya tanya dalam diri
ke manakah kau pergi
mungkinkah aku tidak kau peduli lagi
.
sedih
terasa hati
dan pelbagai rasa negatif hadir
.
terduduk aku sendirian
menangis penuh sendu
.
lalu seorang nenda hadir memujuk
.
mengapa wahai cucu?
adalah masalah sedang melanda dirimu?
.
diam bersama sendu
.
nenda
mengapa dia pergi?
.
pendek
ringkas pertanyaanku
.
diam
.
mencari kata...
.
wahai cucu yang bijaksana
tidaklah dia pergi dengan sia sia
mungkin pemergiannya untuk menyambung perjuangannya yang tertunda * tiada siapa tahu tentangnya
.
jangan terlalu sedih wahai cu
kerna hidup ini perlu diteruskan walau dalam kesendirian yang sekejap
mungkin dari perginya dia untuk kau belajar erti berdikari
yang mana hidup ini tetap berjalan tanpa henti
.
teruslah berjalan walau dengan air mata
.
ku kesat bekas bekas aliran ini perlahan lahan
semangat kian pulih
.
nenda hilang dalam kesamaran
.
aku bangkit
meneruskan jalan
walau payah
.
bayang
walau kita tidak bersama di sisi sekarang
aku tahu kau sentiasa dalam jagaan الله
moga yang baik baik menemani perjuanganmu bayang
aku di sini juga harus berjuang
.
ketahui lah
walau kita berbeza benua
kita tetap memandang langit yang sama
.
lama perjalanan ini
.
tiba tiba
aku merasai keberadaan kau di sisi
senyap
tapi penuh realiti
syukur aku masih berpeluang bertemu denganmu
aturan الله tidak ada yang sia sia
.
panjang kita berkongsi rasa
lebar juga kita bertukar rasa
.
sampai satu detik
kau berkata...
wahai bebayangku
aku tidak dapat lama bersama denganmu
mungkin diakhir senja nanti aku akan hilang dari penglihatanmu
namun ketahuilah
sejauhmana jarak ini memisah
masih ada doa pengikat antara kita
pesan aku
jaga keimanan kepada الله dengan sebaiknya
dan yang lainnya akan baik baik aja
jangan tangisi perpisahan ini
kerna kita akan berjumpa jua suatu saat nanti
jika tidak di sini
mungkin di 'sana' nanti
.
ingin bertanya lebih
namun bayang nya serta merta hilang dari pandangan
tidak sempat berkata satu dua
.
begitulah hidup
yang tidak disangka sangka akan berlaku
dan semoga ia sentiasa jadi yang terbaik dalam fikiran kita
.
subhanallah
.
aku temui suatu kisah dari bayang bayang ini
tidak kurang
tidak lebih
hanya sederhana pada penglihatanku
.
dan aku bersyukur pada pertemuan ini
terima kasih الله atas nikmat yang satu ini
.
moga nanti nanti
dapat aku khabarkan pada dunia
akan apa rasanya nikmat ini
.
tidak ramai yang mengerti
namun cukup sekadar yang menghargai rasa ini
.
...
.
dan begitulah kisahnya wahai kakakku
aku temui dia dalam perjalanan hidup ini
.
walau pada pandangan insan lain ini hanyalah sekadar cebisan kosong
namun andai cebisan ini dicantum
mungkin akan terlakar selembar kisah hidup yang mendorong
.
ah
mungkin ini hanya fantasi semata pada fikiran yang lain
.
senja sudah melabuhkan tirai
dan malam pun menjelma
.
aku ngantuk
jumpa lain masa
.
settle
.
sentiasa berfikiran positif walau di manapun jua supaya hidup sentiasa ceria 💞

#kisahbayang #kunyahbagihadam

No comments:

Post a Comment