Denda yang Mendidik

Denda?
Apa itu denda?
Denda. Suatu hukuman yang dikenakan kepada pesalah.
***
Ini bukan cerita jenayah besar.
Ini bukan kisah peperangan antarabangsa.
Ini kisah kita. Cerita tentang sisa sisa cebisan kita.
YA! K.I.T.A.
***
Semua orang pernah buat salah.
Semua orang pernah ada niat yang tidak tidak. Niat yang bukan bukan, yang mana sampai satu tahap, kita rasa ''tergamaknya dulu aku pernah ada niat nak buat jahat macam tu''.

and yeahhh. Kita manusia. Tak lepas dari buat salah silap. Tapi... adakah selamanya kita nak biarkan diri kita sendiri dalam kesilapan yang salah??? *Tutup mata, tanya mata hati (AMARAN: jangan tutup mata hati, nanti jawab mata "tidurrrrr"...)
_____________

Kisahnya bermula sebegini kejadiannya~

***
Dalam sebuah kereta ada dua orang sahabat sedang berbual rancak sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman sempena hari raya. Ummi dan Zulaikha. Iha memandu kereta. Ummi memandu hati. eh eh* Ummi peneman borak. Tiba tiba Iha menekan brek kecemasan...

"dah kenapa kau ni!!! nak bawak slow pi dok kiri laa!!! kacau laluan orang betul lah!!! bodoh!!! &^#$#$&*&)(^%##@$...."

"Ihaaa..."

"hiiiissshhhh...", Iha mendengus.

"awak sabar sikit boleh tak? yang nak marah marah sangat ni kenapa? bukannya orang depan tu dengar. saya yang kat sebelah ni jee yang dengar..."

"hmmm..."

"haaa malas layan saya laa tu...", kata Ummi sambil tersenyum senyum penuh makna.

"ye ye... aku diam. kang aku cakap nanti keluar benda yang pelik pelik dari mulut aku ni... jiwa aku tengah kacau ni. kau dok situ diam diam. satgi aku da okay aku sambung borak balik"

"okay dear friend. buat dalam diam pun tak apa. aku paham."

senyum Ummi semakin meleret. Ummi gembira bila lihat kesungguhan Zulaikha.
haaaa??? kesungguhan apa???

nantikann~~~

***

2 bulan lepas. Di dalam bilik, Ummi dan Zulaikha sedang mengulangkaji pelajaran. Sunyi sepi. Fokus dengan bab yang mereka sedang hadam. Tiba-tiba handphone Iha berbunyi minta diangkat...

"I dah bagitahu you kan tadi I nak study malam ni. kenapa nak ajak I keluar lagi? Tolonglah faham..."

Selepas beberapa minit bertegang urat dengan si pemanggil, akhirnya talian diputuskan.

....

"awak okay?", tanya Ummi perlahan.

"biasalah kekasih hati aku yang kurang kasih sayang tu. geram pulak aku rasa. nak aje aku tumbuk dia. grrrr...."

"marah lah ni?"

"ada nampak mummy happy???"

"okay okay."

"awak..."

"ye ummi..."

"mie nak cakap sikit boleh?"

"hah! cakap je laa. bila masa pulak nak tanya kena mintak izin...hahaa"

"tapi sebelum tu mie nak mintak maaf dulu ye. kot2 ada rasa kat mana mana nanti..."

"yelaa yeelaa... apa??? cepat lah cakap. banyak lagi aku belum baca ni."

"mie sebenarnya tak nak lah iha terbiasa mencarut carut ni. tak manis didengar. bukan mie nak tunjuk baik. mie pun dulu pernah terbiasa dengan kata kata tu. tapi lepas seseorang tegur kebiasaan mie yang salah tu. alhamdulillah mie dapat tinggalkan sikit demi sikit. sebab tu mie rasa terpanggil untuk tegur iha. mie sayang iha. jadi, izinkan mie tolong iha ya. apa kata, lepas ni kalau iha terlepas carut mencarut ni, iha cepat cepat istighfar. bukan apa, kalau nak stop tiba tiba kan susah. so, kalau terlepas je cakap tu, iha istighfar banyak banyak sampai tak rasa nak cakap benda benda tak elok tu ye. contoh, terlepas kata bodoh, istighfar 10 kali. 1 perkataan 10 istighfar. kalau tak jadi jugak, tambah lagi jadi 20 kali istighfar. sampailah iha penat nak carut sebab nanti kena istighfar lagi banyak daripada mencarut tu. mie tahu mula mula memang susah. tapi untuk kebaikan masa depan, apa salahnyakan? bersusah sudah dahulu...."

"..."

"ihaa..."

"hmm..."

"zulaikha."

"ye. aku cuba. thanks."

dan iha keluar dari bilik. tak tahu ke mana. tapi mie tau iha tengah tenangkan diri dan hadam permintaan mie.

***
''aku denda kau istighfar 100x sehari"

hari berganti minggu. minggu berganti bulan.

'mie tau iha tengah sungguh sungguh tahan diri daripada cakap yang bukan bukan lagi semenjak kejadian tu. dan mie nampak kesungguhan iha denda diri sendiri dengan cara beristighfar. terima kasih iha sudi terima teguran mie. moga Allah mengganjari kesungguhan iha. aamiin'
_____________

dan begitulah kisahnya cebisan kisah kita. kita sama sama pernah buat silap. pernah salah langkah.
tak salah pun denda diri sendiri walaupun kesalahan tu cuma sekecil kecil perkara.

terniat nak ponteng kelas - istighfar
terasa nak cakap buruk tentang orang lain - istighfar
lupa baca al-Quran - zikrullah
lupa solat - cepat cepat bangun ambil wudhu' pergi solat (yela tak kan kau nak tunggu orang lain solatkan kau)

dan lain-lain lagi yang seumpama seiringan sewaktu dengannya

dan lepas kena denda dengan diri sendiri tu, jangan ulang lagi salah silap yang dulu tu. perbaiki diri. untuk jadi lebih baik daripada sebelumnya.

***

dan akhirnya denda itu mendidik jiwa dan hati kita. untuk kembali pada fitrah seorang manusia. iaitu... menginginkan kebaikan. :)

***

semoga secebis perkongsian ni memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga insan sekeliling.
jom sama sama jadi lebih baik. ^^