Denda yang Mendidik

Denda?
Apa itu denda?
Denda. Suatu hukuman yang dikenakan kepada pesalah.
***
Ini bukan cerita jenayah besar.
Ini bukan kisah peperangan antarabangsa.
Ini kisah kita. Cerita tentang sisa sisa cebisan kita.
YA! K.I.T.A.
***
Semua orang pernah buat salah.
Semua orang pernah ada niat yang tidak tidak. Niat yang bukan bukan, yang mana sampai satu tahap, kita rasa ''tergamaknya dulu aku pernah ada niat nak buat jahat macam tu''.

and yeahhh. Kita manusia. Tak lepas dari buat salah silap. Tapi... adakah selamanya kita nak biarkan diri kita sendiri dalam kesilapan yang salah??? *Tutup mata, tanya mata hati (AMARAN: jangan tutup mata hati, nanti jawab mata "tidurrrrr"...)
_____________

Kisahnya bermula sebegini kejadiannya~

***
Dalam sebuah kereta ada dua orang sahabat sedang berbual rancak sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman sempena hari raya. Ummi dan Zulaikha. Iha memandu kereta. Ummi memandu hati. eh eh* Ummi peneman borak. Tiba tiba Iha menekan brek kecemasan...

"dah kenapa kau ni!!! nak bawak slow pi dok kiri laa!!! kacau laluan orang betul lah!!! bodoh!!! &^#$#$&*&)(^%##@$...."

"Ihaaa..."

"hiiiissshhhh...", Iha mendengus.

"awak sabar sikit boleh tak? yang nak marah marah sangat ni kenapa? bukannya orang depan tu dengar. saya yang kat sebelah ni jee yang dengar..."

"hmmm..."

"haaa malas layan saya laa tu...", kata Ummi sambil tersenyum senyum penuh makna.

"ye ye... aku diam. kang aku cakap nanti keluar benda yang pelik pelik dari mulut aku ni... jiwa aku tengah kacau ni. kau dok situ diam diam. satgi aku da okay aku sambung borak balik"

"okay dear friend. buat dalam diam pun tak apa. aku paham."

senyum Ummi semakin meleret. Ummi gembira bila lihat kesungguhan Zulaikha.
haaaa??? kesungguhan apa???

nantikann~~~

***

2 bulan lepas. Di dalam bilik, Ummi dan Zulaikha sedang mengulangkaji pelajaran. Sunyi sepi. Fokus dengan bab yang mereka sedang hadam. Tiba-tiba handphone Iha berbunyi minta diangkat...

"I dah bagitahu you kan tadi I nak study malam ni. kenapa nak ajak I keluar lagi? Tolonglah faham..."

Selepas beberapa minit bertegang urat dengan si pemanggil, akhirnya talian diputuskan.

....

"awak okay?", tanya Ummi perlahan.

"biasalah kekasih hati aku yang kurang kasih sayang tu. geram pulak aku rasa. nak aje aku tumbuk dia. grrrr...."

"marah lah ni?"

"ada nampak mummy happy???"

"okay okay."

"awak..."

"ye ummi..."

"mie nak cakap sikit boleh?"

"hah! cakap je laa. bila masa pulak nak tanya kena mintak izin...hahaa"

"tapi sebelum tu mie nak mintak maaf dulu ye. kot2 ada rasa kat mana mana nanti..."

"yelaa yeelaa... apa??? cepat lah cakap. banyak lagi aku belum baca ni."

"mie sebenarnya tak nak lah iha terbiasa mencarut carut ni. tak manis didengar. bukan mie nak tunjuk baik. mie pun dulu pernah terbiasa dengan kata kata tu. tapi lepas seseorang tegur kebiasaan mie yang salah tu. alhamdulillah mie dapat tinggalkan sikit demi sikit. sebab tu mie rasa terpanggil untuk tegur iha. mie sayang iha. jadi, izinkan mie tolong iha ya. apa kata, lepas ni kalau iha terlepas carut mencarut ni, iha cepat cepat istighfar. bukan apa, kalau nak stop tiba tiba kan susah. so, kalau terlepas je cakap tu, iha istighfar banyak banyak sampai tak rasa nak cakap benda benda tak elok tu ye. contoh, terlepas kata bodoh, istighfar 10 kali. 1 perkataan 10 istighfar. kalau tak jadi jugak, tambah lagi jadi 20 kali istighfar. sampailah iha penat nak carut sebab nanti kena istighfar lagi banyak daripada mencarut tu. mie tahu mula mula memang susah. tapi untuk kebaikan masa depan, apa salahnyakan? bersusah sudah dahulu...."

"..."

"ihaa..."

"hmm..."

"zulaikha."

"ye. aku cuba. thanks."

dan iha keluar dari bilik. tak tahu ke mana. tapi mie tau iha tengah tenangkan diri dan hadam permintaan mie.

***
''aku denda kau istighfar 100x sehari"

hari berganti minggu. minggu berganti bulan.

'mie tau iha tengah sungguh sungguh tahan diri daripada cakap yang bukan bukan lagi semenjak kejadian tu. dan mie nampak kesungguhan iha denda diri sendiri dengan cara beristighfar. terima kasih iha sudi terima teguran mie. moga Allah mengganjari kesungguhan iha. aamiin'
_____________

dan begitulah kisahnya cebisan kisah kita. kita sama sama pernah buat silap. pernah salah langkah.
tak salah pun denda diri sendiri walaupun kesalahan tu cuma sekecil kecil perkara.

terniat nak ponteng kelas - istighfar
terasa nak cakap buruk tentang orang lain - istighfar
lupa baca al-Quran - zikrullah
lupa solat - cepat cepat bangun ambil wudhu' pergi solat (yela tak kan kau nak tunggu orang lain solatkan kau)

dan lain-lain lagi yang seumpama seiringan sewaktu dengannya

dan lepas kena denda dengan diri sendiri tu, jangan ulang lagi salah silap yang dulu tu. perbaiki diri. untuk jadi lebih baik daripada sebelumnya.

***

dan akhirnya denda itu mendidik jiwa dan hati kita. untuk kembali pada fitrah seorang manusia. iaitu... menginginkan kebaikan. :)

***

semoga secebis perkongsian ni memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga insan sekeliling.
jom sama sama jadi lebih baik. ^^

Kebiasaan yang dicari

Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim

> izinkan perkongsianku mendidik hatiku dan hatimu jua <

[Semangat yang masih belum istiqamah..Semangat untuk bangun malam]

i.s.t.i.q.a.m.a.h.

suatu kata yang sering kita ingin lakukan
namun atas sebab tertentu kadang goyah dan tersandung jua

istiqamah tak mudah
tapi hikmahnya indah
💞

mana nak cari semangat istiqamah ini
adakah ia hanya hadir saat diri berkobar kobar ingin melakukannya
namun perlahan lahan semangat itu menghilang dari radar tanpa ia dapat dikesan?

istiqamah
konsisten--
kebiasaan yang dibiasakan

istiqamah tidak hadir sendiri
ia hadir bersama kesungguhan
begitu jua dengan diri sendiri
perlu ada insan yang jalan seiring dengan kita
yang mana dia dapat bersama sama kita saling mengingati ke arah istiqamah itu

boleh saja kalau awak nak buat sendirian
tapi berdua dalam kebaikan itu lebih indah dari sendirian
sebab?
jika awak tersasar, dia dapat tarik semula
dan jika dia tersasar, awak dapat tarik dia

istiqamah pada kebaikan
istiqamah pada kesungguhan menyebar kebaikan
istiqamah memberi kebaikan
istiqamah menerima kebaikan

-- kerna pada akhir nanti
fitrahnya semua orang nak jadi lebih baik
cuma-- nak atau tidak

semangat untuk bangun malam

keterpaksaan yang dibiasakan
akan menjadi kebiasaan yang menyenangkan
percaya? --cuba :)

kita suka bertemu janji dengan insan yang paling dicintai? 
-- YA
apatah lagi kisahnya jika mindset untuk bertemu janji dengan Pemilik Cinta Sejati

mana mungkin kita tidak rindu untuk meluah rasa pada Sang Pemberi Rasa
mana mungkin kita tidak cinta pada Sang Pemilik Cinta
mana mungkin kita sanggup mengetepikan Sang Pemberi Nikmat

pada setiap hari yang dilalui
andai ada jadual harian
isikan masa untuk bersendirian
untuk apa?
untuk kita melayan perasaan
mengenang apa sahaja yang telah aku lakukan hari ini untuk mendapat redha Allah

kadang--
terlalu disibukkan dengan dunia
sehingga lupa adanya kehidupan akhirat
kehidupan selamanya
kebahagiaan selamanya

jadi
untuk bersemangat dalam istiqamah dan bangun malam (bertahajud)
kita kena ada mindset yang sentiasa fresh dan insan yang dapat bersama pada jalan ini

cuba raih pada bulan yang mulia ini
jika tidak cuba
mana mungkin kita lihat hasilnya
betul?

| percubaan yang dilakukan berkali kali itu akan mendatangkan hasil yang tidak diaangka sangka |

dan pada akhirnya
saya hanya berkongsi pada sisi pandang seorang saya
segala kesalahan kesilapan moga dapat diberi teguran secomelnya
mana yang baik harapnya dapat dijadikan kebaikan bersama mendidik hati dan jiwa

dan buat saya awak dan semua
semoga berjaya lalui fasa ini 

sekian
iamummizu

0620
27052017
Utara

#kunyahbagihadam2017 #semangatlima #didikhati

Rasa yang hadir

Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim

> izinkan perkongsianku mendidik hatiku dan hatimu jua <

[Boleh share tentang macam mana kita nak buang perasaan yang orang ni tak suka kita ada yang tak kena ni...]

kehidupan;
ada yang suka
ada yang tidak
- lumrah

hati;
sendiri
orang lain

segala perasaan yang hadir 
buang?
- tidak
hanya perlu kawal ia sebaiknya
sebab?
kerna ia beri pengalaman dan pengajaran

perasaan ada orang tak suka kita...
"jangan perasan ada orang tak suka awak" - mama
😂

dalam setiap perkara 
pasti ada baik buruknya

pada setiap air di pantai
pasti ada pasang surutnya

macam mana nak buang perasaan
bila orang tengok kita
kita rasa dia tak suka kita

- istighfar 100x
- cari seberapa banyak alasan positif untuk berbaik sangka
- mula kan sapaan dengan senyuman
- beri salam

ehem *berdehem
mungkin kita terlalu penat fikir itu dan ini
sehingga kita berfikir yang tidak tidak

lapangkan fikiran
bersihkan jiwa
sucikan hati

segala rasa yang datang ke hati dan fikiran
kawal ia dengan iman
jika kita usaha didik diri
dengan izin-Nya
pasti boleh

dan buat awak
semoga berjaya lalui fasa ini 

sekian
iamummizu

1719
14052017
Utara

#kunyahbagihadam2017 #semangatempat #didikhati